Isnin, 23 Jun 2014

ZAMAN CANGGIH

Teruja dengan adanya blog.. Hihihi.. Selamat datang dunia blog.. Haii haiii haiii.. Assalamualaikum.. Saya makin sihat dengan amal supplement shaklee alhamdulillah..
Nak tau kisah saya??? Nantikan yaaaa.

bermula mac 2013

asssalamualaikum...

ini adalah coretan pertamaku.. di mana dan bagai mana kenali dengan shaklee.. berkenalan dengan bajubabyglam di dalam facebook bermulanya membeli barangan baby. Dalam pantang bersalin anak kedua sambil layan FB. tertarik dengan set penyusuan shaklee.. memandangkan anak sulung hanya mampu menyusukan anak selama 3bulan ja.. jadi untuk anak kedua kalau leh nak la bagi susu badan tempoh yang lama. bermula dari saat ni la saya kenali shaklee. saya membeli ESP untuk bulan pertama kenali shaklee.. selang sebulan ambil pula alfalfa dan lechitin.. yup dengan niat untuk nyusukan anak alhamdulillah.. saya berjaya.. malah mencurah-curah susu keluar.. mula la buat stok.. susu pekat, saya bertenaga tanpa keletihan walaupun berjaga malam. tetapi dalam pada tu saya diuji.. lagi sebulan nak kerja tetiba stok susu yang dibuat rosak kerana kecuaian dan tak sengaja suis peti sejuk tertutup.. Ya Allah.. masa tu stok hampir 30botol yang mana setiap botol 4-5oz.. memang down.. mana saya nak dapatkan stok macam tu balik?? lagi sebulan nak kerja?? dengan amal zikir, berdoa, dan usaha mengepam mengikut masa yang betul.. alhamdulillah selepas seminggu saya mampu buat stok kembali.. saya berjaya memberi susu badan sepenuhnya pada anak selama 6-7bulan tanpa bantuan susu formula.. bila dah mula kerja proses dan masa untuk pam susu agak terhad.. jadi tak dapat lagi buat stok.. walaupun tak dapat buat stok tapi anak masih lagi nyusu badan bila adanya saya di sisi anak. Alhamdulillah kini anak usia 1thn 4bulan masih lagi nyusu badan, susu badan sepenuhnya waktu malam... Memang best bila memberi susu badan kerana membuat kita lagi terasa keibuan.